Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 22 November 2011

(^_^)~~M|E|R|D|E|K|A~~(^_^)

kOrang tgk tjuk ney,jgn igt merdeka 31 OgOs lak...
HaHaHaHaHa.....
aL-kisahnyer.....hari ney aku paper last tuk final exam(machine elektrOnik)...
hepy mmg hepy wei....
akhirnyer slesai r tugas aku sbg student tuk smster 5...
mntak2 xdew carry paper.....xmO r tmbh sem...xsnggup kOwt...
mlm ney my sis a.k.a kak lOng ngan fmily dier smpai r kt kmpung halaman....
tpi aku stay ag kt umah sewa cOz nk teman mmber2 lain abis paper they all dlu....
ermmm...merdeka...merdeka gk...tpi result x lepas ag...
adOiii...lmbtnyer result nk kuar..pdhal bru jew abis paper hri ney..hak8...:p
ari khamis nti..my mOm dtg amik..sume brg nk kena angkut...cm mlas jew ase.....
tp sbb pkirkn cuti n maO dating ngan my hubby....ase mlas pOwn hilang...


Okay...masa tuk lipat2 baju yew....

biler da lipat 2....msuk lak dlm beg....


biler da slesai kemas2...bOley r maO rilex2...tggu Org dtg amik jew....
hehehhe....Okay r...that's all fOr tOday...
hahaha...da mcm lecturer lak....
daaaaaaaaa


Friday 18 November 2011

KHUSYUK DALAM SOLAT

korang sume thu kn...yg s0lat 2 tiang agama....
tp di zaman serba canggih ney,s0lat 2 bgaikn mainan bg sesetgh manusia....
bkn nk ckp yg aku ney baik kew apew....
aku p0wn sama jew....mendirikn s0lat pn celup2 jew...time rajin buat...time mlas xbuat...
ermmm...apew nk jd...

adew Firman ALLAH S.W.T yg bermaksud Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH S.W.T,
kter perlu menunaikan solat dengan khusyuk....khusyuk itu bermaksud hati sentiasa hidup..
Untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk kiter perlulah mengamalkan dan melakukan perkara2 berikut..:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Syarat utama khusyuk adalah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT..
berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya




SORRY LAH YANG.....!!!

"Sorry lah yang. Abang sibuk. Lain hari kita jumpa ok?"
"Tapi abang dah janji nak jumpa Efa minggu ni!!
"Abang betul betul minta maaf. Abang tak boleh abaikan kerja begitu sahaja."
"Dah seminggu Efa tak jumpa abang tau!"
"Ok!Ok! Abang janji abang akan luangkan masa untuk Efa bila kerja abang semua dah selesai. Abang bawa Efa ke Sentosa ok?"
"Ok. Janji tau!"Efa tersenyum simpul. Hatinya lega bila dipujuk oleh Amir. Efa tahu Amir sedang sibuk dengan kerjanya. Efa tidak mahu menggangu Amir. Efa terlalu menyayangi diri Amir. Perhubungan yang telah dijalin seja dua tahun lebih dahulu tidak pernah bergelora. Kasih sayang yang dicurah oleh mereka sungguh mendalam. Amir telah berjanji hendak memperisterikan Efa jika cukup segalanya. Amir mahu mengumpul wang sebanyak mungkin supaya masa depannya dan Efa terjamin. Amir ingin kehidupan yang mewah. Efa pun juga. Bagi Amir yang penting adalah kebahagiaan Efa.
Semenjak dinaikkan pangkat, Amir menghabiskan masanya pada kerjayanya. Tidak seperti dahulu bila Amir sentiasa mengambil Efa pulang dari kerja dan bersiar-siar. Semakin hari, semakin kurang hari pertemuan mereka. Efa mula merindui Amir. Semakin hari semakin kuat. Efa kepingin berjumpa Amir, tapi Efa terpaksa bersabar.
"Efa. Abang minta maaf ya. Abang esok ada meeting. Jadi kita terpaksa batalkan rancangan untuk pergi ke Sentosa esok. Kita pergi lain hari ok sayang?"
Efa terdiam seketika.                                                                                               
"Efa. Sory lah yang. Abang sibuk betul. Lain hari kita jumpa ok?"
"Ok" jawab Efa ringkas.
Namun hati dan perasaannya begitu pilu dan sedih kerana kerinduannya tidak dapat diubati.
"Efa faham. Abang jangan lah kerja kuat sangat. Abang perlukan rehat."
"Jangan risaukan abang ok. Efa jaga diri baik-baik. Satu hari kita jumpa lagi."                            
"Abang. Kalau boleh Efa nak sambut hari jadi Efa bersama Abang."
"Oh ya. Hari jadi Efa. Abang hampir terlupa. Ok nanti dah sampai harinya abang akan ambil cuti. Abang ada surprise untuk Efa. Promise ok?"
"Terima kasih bang. Love you."
"Love you too Efa"                                                                                
Efa termenung jauh. Walaupun janji telah diberikan pada Efa, Efa seperti masih tidak berpuas hati. Efa terlalu merindui Amir. Efa kecewa kerana sudah lama Amir tidak berjumpa dengannya. Namun Efa tabahkan hati. Efa bersabar menunggu hari-hari pertemuan mereka. Efa mahu melepaskan semua kerinduannya pada Amir bila berjumpa dengannya kelak.
"Efa. Ayah tengok kau ni asyik muram sahaja." Tanya ayah Efa ketika Efa sedang termenung di tepi tingkap biliknya.
"Dia rindukan Amir tu paknya" sampuk Ibu Efa.
Efa tersenyum simpul.                                                                                        
"Mak ni ada saja. Takde lah. Efa cuma tengah berangan aje." Sambil ketawa.
"Efa. Kau pun dah besar. Bila lagi kau nak berumah tangga? Jangan lama-lama nak. Tak baik" ibu Efa mengeluh sambil mengusap rambut Efa yang ikal mayang itu.
"Aah lah Efa. Bapak risau tengok anak dara bapak ni asyik termenung aje. Pergi kahwin cepat-cepat. Senang hati bapak. Amir pun umurnya bukan muda."
"Alah pak. Tunggu sahaja lah. Efa dan Abang Amir hendak mengumpul wang sebanyak mungkin. Jadi bila dah kahwin nanti boleh beli rumah besar, kereta besar dan semua lah yang besar-besar."
"Kau ni Efa. Itu yang kau fikir. Kita orang islam yang penting bernikah terus jika sudah bersedia. Kalau nak tunggu semua yang besar, jadi anak dara tua lah kau."
"Ye lah pak. Nanti kalau dah siap semua, kalau abang Amir dah nak datang merisik. Efa bilang bapak ya." Jawab Efa lalu mengangkat kaki menuju ke bilik air.
Efa sudah lama berfikir. Efa sudah lama inginkan perhubungannya dan Amir diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Tapi Amir belum bersedia. Dia mahu mengejar cita-citanya dahulu. Efa mengerti. Efa sanggup tunggu Amir sampai bila-bila sahaja. Efa juga tidak suka tunggu lama-lama. Efa sedar dia anak dara Sunti. Tidak manis jika sering keluar dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Efa insafi itu semua. Tapi Efa amat menyintai Amir. Amir memberi Efa seribu harapan. Efa percaya Amir tidak akan menipu dirinya. Selama dua tahun lamanya, Amir tidak pernah menyakiti hati Efa. Kerana itu, Amir telah menambat hati gadis jelita itu. Bagi Efa, Amir lah cintanya yang pertama dan yang akhir. Amir lah orang kedua bertakhta di dalam hatinya selain dari ibu-bapanya.
Hari yang ditunggu-tunggu susah sampai. Hari itu adalah hari kelahiran Efa yang ke 23 tahun. Sudah masanya untuk Efa berumah tangga. Itulah kepercayaan orang tuanya. Bagi mereka umur itu memang seharusnya sudah berumah tangga. Efa percaya hari itu akan datang. Efa pasti Amir akan melamarnya. Hanya masa yang menentukannya.
                                                                                                                                     
Awal-awal lagi Efa sudah bangun untuk bersolat subuh dan selepas itu dia pun bersiap sedia dengan pakaiannya yang cantik. Amir telah berjanji untuk mengajaknya keluar pada hari itu. Amir juga telah berjanji hendak memberi ‘Surprise’ kepadanya. Efa tunggu di sebelah telefon biliknya sambil membaca surat khabar. Hatinya berdebar-debar apabila mendengar deringan telefon. Berapa kali sudah telefon berdering dan dengan pantas Efa menyambutnya mengharapkan panggilan dari Amir. Tapi Amir masih tidak kedengaran. Hanya panggilan dari teman-teman kuliahnya untuk mengucapkan Selamat hari jadi.
"RINGGG" "RINGGG"                                                                                                       
Telefon berdering beberapa kali. Efa bergegas keluar dari bilik air.
"Assalamualaikum. Abang Amir ke tu?"
"Wa’alaikumsalam. Ya Efa. Selamat hari Jadi sayang."                                                                                                   
"Kenapa abang lambat telefon Efa. Penat tau Efa tunggu Abang. Bila abang nak datang jemput Efa ni? Efa dah siap."
"Efa. Abang minta maaf ya. Abang terpaksa pergi meeting hari ini. Abang betul betul sorry."
"Tapi abang dah janji!"
"Abang tahu, tapi Efa fahamkan kedudukan Abang. Semua projek syarikat abang yang harus gendalikan. Sekarang abang terpaksa pergi ke Malaysia untuk bertemu dengan pelanggan. Sorry sayang. Abang tak sangka jadi macam gini."
Efa terdiam. Air matanya sudah mula menitis. Kerinduan yang dipendam selama ini masih belum dapat dilepaskan.
"Efa. Are You OK?"                                                                                   
"Tak pe. Efa tak kisah. Kerja Abang kan lebih penting"
"Efa. Abang tahu Efa marah. Tapi Efa kena faham. Abang buat ini semua untuk masa depan kita berdua. Efa nak kita bersatu kan? Jadi Efa harus bersabar. Efa fahamkan keadaan Abang?"
"Efa nak cakap apa lagi? Ok. Efa terima alasan abang. Tapi bila lagi abang nak luangkan masa untuk Efa. Dah sebulan kita tak berjumpa. Abang tak rindukan Efa ke? Efa betul-betul rindu dekat abang. Jumpa sekejap pun jadilah bang. Sekurang-kurangnya terubat rindu Efa ni."
"Eh siapa kata tak rindu. Efa lah orang yang paling Amir sayang. Efa lah bulan, Efalah bintang Efa lah nyawa abang."
"Bila nak jumpa Efa nie?"
"Emmm"                                                                                                   
"Adalah kerja dia tu"
Amir ketawa.                                                       
"Baik. Kali ini Efa maafkan. Tapi Abang kena berjanji dengan Efa untuk datang ke rumah minggu hadapan. Ella mahu sambut hari jadinya di rumah."
"Hari jadi Ella? Yang ke berapa?
"12. Itu pun lupa. Datang tau?"                                                                   
"Ok. Ok sayang, intan payung, Abang datang ok?"
Amir berjaya memujuk Efa sehingga Efa mengalah. Sikap Amir yang lembut, Manja dan pandai memujuk membuat Efa semakin mempercayai dan menyayangi dirinya. Tiada lelaki lain yang dapat menandingi Amir. Efa bertuah dapat pasangan seperti Amir.
"Efa. Hari ini kan hari jadi Efa. Janganlah bersedih. Ibu tahu Amir tu ikhlas orangnya. Efa mesti ingat, sesuatu kebahagiaan yang mahu dikecapi harus mempunyai pengorbanan yang besar. Efa harus berkorban sedikit untuk kebahagiaan Efa masa depan. Amir tu rajin budaknya. Dia bersungguh-sungguh bekerja untuk masa depannya."
"Efa tahu mak. Tapi takkan tak ada masa langsung untuk Efa?"                               
"Efa. Kan mak dah kata, Efa harus berkorban untuk kebahagiaan kamu berdua. Jangan risau Efa. Mak tengok Amir tu jujur orangnya. Efa sabar sahaja ye nak. Bila dah cukup segala-galanya datang lah dia untuk melamar kau."
Efa diberi semangat dan sokongan dari keluarganya. Amir pula sentiasa memujuk dan mengambil hati Efa. Kesedihannya masih dapat dikawal walaupun kerinduannya masih belum dapat dilepaskan.
Hari demi hari, Efa menunggu saat-saat untuk berjumpa dengan Amir. Efa sudah tidak sabar untuk mengubati rindunya. Akhirnya hari yang dijanjikan telah tiba. Efa menyiapkan diri dengan pakaian yang menawan khas untuk Amir. Tetamu semakin ramai datang ke rumah. Tapi bayang-bayang Amir masih belum kelihatan. Efa cuba beberapa kali untuk menghubungi Amir melalui telefon bimbitnya, tapi telefon itu dimatikan. Efa menjadi semakin resah. Amir tidak menghubunginya langsung. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi. Sambutan hari lahir adiknya Ella sudah bermula. Efa masih diluar pintu menunggu kehadiran Amir.
"Efa. Masuklah layan tetamu ni." Ibu Efa menarik Efa ke dalam.
"Nantilah Bu. Abang Amir ni. Janji nak datang tapi batang hidung pun tak nampak? Efa risaulah bu. Takut ada apa-apa terjadi pada Abang Amir."
"Ish kau ni. Tak sayang mulut. Alah nanti datang lah dia. Efa tunggu aje Amir telefon."
Efa masih tidak mahu berganjak dari muka pintu. Dia masih mahu menunggu Amir. Telefon ditanganya tidak henti memicit nombor telefon Amir. Tapi masih tidak berjaya. Akhirnya Efa cuba telefon pejabatnya walaupun hari itu hari Ahad. Efa hanya mahu mencuba nasibnya. Hatinya sudah tidak tenang.
"Ringggg"                                                                       
"Hello. Saya Rina boleh saya bantu?" jawab seorang gadis dari pejabat Amir.
"Boleh saya tahu Amir ada di pejabat tak?"
"Oh Encik Amir pergi bercuti dengan keluarganya." Jawab gadis itu yang dipercayai kerani Amir yang kebetulan datang ke pejabat untuk mengambil barangnya.
"Keluarganya? Maksud awak dengan ibu-bapanya? Bercuti ke mana?"
"Kalau tak silap saya Encik Amir pergi berbulan madu dengan isterinya. Bulan lepas kan mereka baru berkahwin. Boleh saya tolong puan?"
Efa terdiam. Dia tidak mempercayai kata-kata kerani itu. Efa tidak berpuas hati lalu meminta kerani itu memberinya nombor telefon rumah Amir. Selama ini Amir tidak pernah memberi nombor telefonnya kerana Amir jarang berada dirumah. Jadi cara untuk menghubunginya adalah melalui telefon Bimbitnya.
Selepas diberi nombor telefon rumah Amir, Efa bergegas menelefon rumah Amir.
Seorang wanita menjawab panggilan itu.
"Hello."
"Hello. Ini rumah Amir ke?" tanya Efa.                                                                               
"Ya betul. Tapi Abang Amir tak ada. Awak siapa?"
"Saya temannya Efa. Dia pergi mana?"                                           
"Kakak dan abang pergi Honeymoon di Paris." Jawabnya ringkas.
Telefon yang dipegang Efa terjatuh ke lantai diikuti dengan tubuh badannya yang tiba-tiba rebah ke lantai depan pintu rumahnya. Efa Meraung.

ABOUT MINYAK ZAITUN

Okay...hari nie kecik nk share about POKOK ZAITUN,MINYAK ZAITUN...
kecik dapat tahu about sume time kecik terbaca 1 artikel ney...
so,x salah kan lau kecik nk share ngan mmber....
tuk kebaikan n kegunaan mmber2 kecik gk an....:p

ney adalah pokok zaitun lau korang sume nk tahu...
actually,kecik pown bru jew knal pokok ney...huhuhuhu...

haaaa....ney r minyak zaitun....minyak zaitun adew berbagai jenama....
tpi family kecik biasa guna yang brand BERTOLLI ney...


Apew itu MINYAK ZAITUN....??
Minyak Zaitun ini telah di kenali dan digunakan sejak zaman berzaman lagi...
Minyak ini di gunakan untuk kecantikan juga untuk masakan...
Zaitun mengandungi paras asid yang amat rendah dan jugaVitamin E...

KHASIAT MINYAK ZAITUN
~ Boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.
~Jika di bancuh dengan sedikit garam,ia boleh meredakan radang gusi dan gigi.
~Boleh menguatkan akar dan melembutkan rambut kita.
~ Amalan memakan minyak zaitun dapat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E...
~ Boleh dijadikan sebagai Masker Wajah
~ Perawatan tangan dan kuku
~ Perawatan rambut
~ Mengurangkan masalah kulit kering

KEGUNAAN DAUN DAN BATANG POKOK ZAITUN
DAUN
Daun zaitun ini bersifat antibiotik
~ Penggalak sistem imun manusia
~ Merawat luka dan gatal-gatal
~ Boleh merawat batuk, sakit tekak, demam dan gout
BATANG
~ Boleh dibuat perabot
~ Boleh di buat tasbih

Okay....sume2 kat atas tu adlh khasiat n kegunaan ZAITUN & MINYAKNYA...
Hope dpt mmbntu mmber2 sume....
daaaa...
LOL ~SKALI LAH KECIK~

time to STUDY.....!!!!!!!

0kay...start mggu lepas...kecik kena stdy hard c0z 14 hrbln da start final exam....
ad0iiii...penat k0wt.....paper final adew 5 sume nye....
ermmm.....1st day(14/11/11) sbjek math pg n SAV ptg....
2nd day(15/11/11) sbjek micr0 P...
3rd day(16/11/11) senggaraan...
4th day(22/11/11) mesin elektrik....
n hri ney...alhamdulillah.....4 paper da abis di jwb...
just tinggal 1 paper m0re....shuke sgt...nti da nk start cuti sem...
tp yg pnatnye....kna stdy hard taw....that's y smpai x smpat nk update bl0g...
ermmmm...sjew jew mai cni nk cter2...c0z da stress ngan stdy...hehehe...
ermmm...22/11 last paper..then MERDEKA....!!!
tp my hubby last paper 8/12/11...ad0iii...
lmbt gk leh jumpe ngan dak uchukku http://www.facebook.com/akhu.khamu...<3<3<3

i wish ALL THE BEST n GUD LUCK 4 all my fren...espeacially
~ROS~
~NADIA~
~HANIM~
~LIEN~
~FATIN K.KRAI~
~KAK AIMA~
~FATIN(ADEQ)~
~HANNIE~


i have t0 stdy hard 2 get a good results